wonders_blogpic2





For the Wonders

Friendship...
can take different forms.
It can run like a river,
quietly and sustainingly
through life;
it can be an intermittent
sometime thing;
or it can explode like
a meteor,
altering the atmosphere
so that nothing ever feels
or looks the same again.
~Molly Haskell





hits
online




credits

Blogger
ripway, photobucket and gettyimages for image upload.
Adobe Photoshop

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com
Thursday, April 13, 2006

Tuan-tuan dan Puan-puan..

Saudari-saudari sekalian...

Pada hari ini saya telah mengahadiri satu temu-duga di Bugis.
Temu-duga untuk jawatan penolong juru-audit.

Saya telah menghantar surat eletronik kepada syarikat tersebut pada hari Selasa yg lalu, dan saya telah menerima sebuah panggilan telefon semasa saya berada di kantor salah satu klien keesokan harinya, iaitu semalam. Saya diberitahu untuk menghadiri temuduga pada hari itu juga, tetapi memandangkan saya tidak membawa kesemua sijil kelulusan saya, saya meminta temuduga itu untuk ditangguhkan hingga ke hari ini.

Saya menghadiri temuduga itu dan akhirnya saya diberi tawaran untuk berkerja disana. Jika saya menerima tawaran tersebut,saya akan memulakan perkerjaan itu pada awal bulan hadapan, jadi jika saya ingin menghantar surat pemberhentian kerja, saya boleh melakukan pada bila-bila masa sahaja kerana pada waktu ini, di syarikat yg saya berkerja sekarang, saya dibayar gaji harian (daily rated) dan bukan gaji bulanan. Jika saya ingin meletak jawatan, saya hanya perlu memberi satu hari notis sahaja.

Bercakap tentang perletakan jawatan, seorang teman yang sama-sama memulakan perkerjaan di syarikat yang saya berkerja sekarang telah meletakkan jawatannya semalam. Dia adalah orang kedua untuk meletak jawatan dalam tempoh 3 bulan.

Adakan saya akan menjadi orang ketiga diantara 4 perkerja yang memulakan perkerjaan tersebut awal tahun ini?

Jeng, jeng, jeng!

Nantikan jawapannya.

Saudari Lulu, saya meminta maaf sebanyak-banyaknya jika tulisan saya pada kali ini memberi kesukaran yang teramat sangat untuk anda fahami. Sila rujuk pada kamus dewan atau kepada sesiapa sahaja antara kami berlapan yang boleh menerangkan perkataan yang tidak anda fahami... :)

Oh, mengenai perkerjaan yg ditawarkan kepada saya, gaji permulaan yang akan saya terima adalah sekurang-kurang tujuh ratus dolar lebih banyak daripada jagi permulaan yg saya terima di syarikat yg saya berkerja sekarang. Dan saya akan mendapat cuti tahunan selama 2 minggu..

Soalannya, bila akan saya berhenti kerja, dan adakah saya akan menrima tawaran tersebut?

Oh! Esok cuti umum!! Saya sungguh GEMBIRA!!
Adakah anda semua gembira?
Dan esok jugak adalah hari istimewa dimana berlakunya peristiwa pada 23 tahun yg lalu!! Tahniah Saudari Lulu! Selamat menyambut hari lahir ke-23 tahun, walaupun anda berada jauh disana, namun anda tetap dekat dihati kami semua. :)

Sekian terima kasih!

PS: Amacam, boleh pass tak sekiranya saya ingin menjadi wartawan? hehehe

one of us penned our thoughts at 9:32 PM

8-Wonders shared thoughts




linked blogs
arlinda
haslinah
shahida



linked fotopages
arlinda's fotopages
shahida's fotopages
siti rohaya's fotopages



archives
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
December 2007
August 2008
March 2009
June 2009